Proses
Perkembangan Janin Dalam Perut
Dari Usia Seminggu Hingga ke 40
minggu
Pada usia kehamilan kita seminggu
yaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini
mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam
rahim.
Masuk minggu ke-2,
blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2
kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan
membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3
selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah
sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan
benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya,
janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula
bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6
mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta
anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat
besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga
pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan yaitu
ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas.
Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk
otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang
berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas yaitu
jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa
dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama
terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm yaitu lapisan
paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan
pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm
itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6,
sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat
janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah
dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7,
bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan
berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan
keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu
ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang
hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah
membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga
terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu
ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur yaitu dalam saiz seinci.
Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling
mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai
mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala
jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu
ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada
minggu ini, payu dara ibu akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair
oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama –
minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut
ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah
serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran
janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat
besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala,
sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu
melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis
dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu
ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang
pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin
luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat
jantinanya samada lelaki atau peremibu semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 yaitu usia
kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal
tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam
kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin
jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula
terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah
kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada
minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah
boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih
kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang
lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala.
Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga
mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat
perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak
menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air
suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan
jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian
imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi
kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis
sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu
hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung
diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat
atau sendat agar ibu-ibu berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya yaitu minggu
ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu
jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga
minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika
ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara
kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih
pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau ibu
juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan
menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16.
Kehamilan ibu kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu
senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu
diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima
nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah
mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian
untuk pertama kali.
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara
garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t
pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang
tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja yaitu
seperti sebatang pen. Ibu mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang
perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi
amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan
berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Kini kita menyorot pula perkembangan
pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi
dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding
rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam
kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan
badannya.
Pengaliran oestrogen dan
progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan ibu masuk minggu
ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk
proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang
boleh menyebabkan berdarah.
Seterusnya kita mengikuti perkembangan
minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan
berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia
dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada
cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi
kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah
ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut.
Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20.
Pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu saat ini adalah agak perlahan kerana
memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk
matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat
dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin
berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti.
Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum yaitu sejenis bahan
cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang
diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit
cecair itu.
Selain itu ibu juga akan sering
mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj.
Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap
merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Pada minggu ke-21,
kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula
membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan
bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat
yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari
memakai kasut bertumit tinggi.
Seterusnya minggu ke-22.
Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi
semakin aktif. Ibu sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap
gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini ibu sudah
boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk
memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan
perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut ibu. Belailah gerakan bayi
anda dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23.
Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya
juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada ibu untuk minggu ini
amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut
kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu,
licin dan lembut.
Pada minggu ke-24 pula, ibu akan merasa
gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan ibu. Kita akan
dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada
minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala
kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya ibu
dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh
sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Fenomena yang sering berlaku pada minggu
ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan
berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air.
Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam
penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka,
leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan.
Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Sekarang minggu ke-27,
bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair
amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya
sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah
bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga
sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang
kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain
kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya
tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Ibu
mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang
bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak
dalam badan. Selain itu ibu juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak
dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan
berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia
sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang
kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau
negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang
berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian
hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia
kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian
bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah
terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30.
Ibu perlu banyak berehat. Jika ibu tidak bekerja, pastikan ibu mendapat rehat
yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan ibu tidur awal
dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan
beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya
perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31.
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada
perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak
jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang
badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32
pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg.
Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal
hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila
melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung.
Sebenarnya, ibu-ibu tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini
kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri.
Rupa inilah nanti yang bakal ibu lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi
kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah
masanya ibu perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah
berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana ibu mungkin penat ekoran membawa
perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada
pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi ibu telah
terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak
semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak
tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri ibu. Ibu akan
merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan
seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau
tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah
menjadi lebih ketara dan menonjol. Ibu perlu melakukan beberapa senaman
termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu
ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Ibu
perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan
di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau
“varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya
memenuhi ruang uterus ibu pada ketika ini. Ibu akan berasa perut ibu begitu
penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37,
kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut
akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan
kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan
bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan
dan kaki.
Pada minggu ke-38, ibu
tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini
akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Ibu seterusnya akan memasuki minggu ke-39,
saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah
begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada
perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan
segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat
yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat
yang ditunggu-tunggu. Ibu akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian
abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Ibu juga akan muali rasa kebas pada
bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan.
Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian ibu
dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
Sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar